Anda di sini

Permohonan rayuan BR1M sehingga 31 Mei

Advertisement

CERIA: Ahmad (tiga, kanan) menunjukkan buku-buku Pengkarya Guru iaitu Katak Tak Panggil Hujan Lagi, Kembara Labah-labah Serigala dan Ancaman dari Langit selepas melancarkan buku Pengkarya Guru dan Dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) semalam. — Gambar Bernama

Sertakan borang dengan dokumen sokongan mengikut sebab penolakan permohonan

SHAH ALAM: Permohonan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilanjutkan sehingga 31 Mei ini bagi memberi lebih peluang kepada mana-mana individu yang layak mengemukakan rayuan masing-masing.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sehingga 20 April lepas, kerajaan menerima sebanyak 246,911 rayuan BR1M daripada mereka yang tidak terpilih sebagai penerima.

“Sebelum ini, kementerian ada menghantar surat kepada pemohon yang gagal mendapatkan BR1M dengan menyatakan sebab mengapa permohonan mereka ditolak.

“Jadi bagi rayuan ini, mereka perlu sertakan dokumen sokongan mengikut sebab penolakan tersebut bersama-sama borang rayuan BR1M sebagai bukti yang mereka sebenarnya layak terima bantuan itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau memuat turun borang rayuan di laman web LHDN dan setiap rayuan mesti disertakan dokumen sokongan untuk pertimbangan.

Ahmad berkata bagi tempoh sehingga 20 April lepas, peruntukan sebanyak RM2.47 bilion diagihkan kepada 3,805,643 penerima BR1M berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah manakala perbelanjaan sebanyak RM633.8 juta pula digunakan untuk bayaran kepada 2,112,906 individu bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.

Katanya bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 pula, kerajaan membelanjakan sebanyak RM157 juta untuk diagihkan kepada 349,226 penerima layak.

“Sehingga kini, kerajaan mengagihkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada 6.5 juta penerima BR1M seluruh negara, jadi mana-mana individu yang merasakan mereka layak mendapatkan bantuan itu, segera kemukakan rayuan sebelum 31 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata pembayaran BR1M bagi permohonan rayuan hanya akan dilakukan selepas tarikh tutup rayuan itu. — Bernama

Advertisement