Anda di sini

Penghuni rumah panjang perlu sentiasa mengawasi anak-anak

Advertisement

SIBU: Penghuni rumah panjang dinasihati supaya sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak mereka seperti memastikan mereka tidak bermain macis dan lilin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Negeri Nor Hisham Mohammad semasa menyampai peringatan itu berkata kebakaran boleh berlaku dengan pantas berikutan cuaca panas.

Selain itu, hampir keseluruhan struktur rumah panjang dibina menggunakan kayu yang membolehkan api merebak begitu cepat.

“Ibu bapa mesti memberi tumpuan kepada aktiviti anak-anak kecil mereka.

“Berdasarkan siasatan kami, kecuaian dan sistem pendawaian elektrik adalah punca utama kejadian kebakaran rumah panjang,” katanya di sini semalam.

Menyentuh mengenai perayaan Hari Gawai Dayak yang disambut tidak lama lagi, Nor Hisham menasihati penduduk rumah panjang khususnya kaum wanita mengambil langkah berjaga-jaga apabila membuat persiapan di dapur.

Beliau mengingatkan mereka supaya menghentikan kegiatan memasak sekiranya mempunyai perkara yang hendak diuruskan.

Advertisement