Anda di sini

Kampung Skuduk rai sambutan Hari Paska

Advertisement

KENANGAN: Roland bergambar bersama ahli-ahli jawatankuasa Kampung Skuduk.

MERIAH: Perkumpulan Belia Kampung Skuduk mendendangkan lagu sebagai hiburan hadirin sempena sambutan Hari Paska.

PERKUMPULAN Belia dan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia Kampung Skuduk, Padawan baru-baru ini telah menganjurkan majlis sambutan untuk meraikan Hari Paska untuk umat Kristian.

Pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn menyeru agar penduduk setempat memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan memerintah iaitu Barisan Nasional (BN).

“Janganlah kita terpengaruh dengan janji pembangkang yang kosong,” katanya yang juga Timbalan Speaker DUN Sarawak ketika berucap.

Pada masa sama, Pegawai Penerangan Daerah Kuching Aris Hipni turut memuji kerjasama Perkumpulan Belia Kampung Skuduk dan Komuniti 1Malaysia atas usaha keras mereka menjayakan majlis itu.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian koir Chapel St Andrew Kampung Skuduk dan perkumpulan belia kampung itu.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sijil pelantikan JKKK Kampung Skuduk sesi 2014 hingga 2016.

Jamuan makan malam disediakan dalam bentuk ‘pot luck’ oleh penduduk kampung.

CILIK: Kumpulan koir kanak-kanak Chapel St Andrew mendendangkan lagu-lagu rohani sempena sambutan Hari Paska.

Advertisement