Anda di sini

Judi: Tiga lelaki didenda RM400, dua minggu penjara

Advertisement

MIRI: Tiga lelaki masing-masing didenda RM400 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini petang semalam kerana kesalahan bermain judi haram jenis ‘hoo hey how’ di tempat awam.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyem 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, ketiga-tiga tertuduh didapati bermain judi haram jenis ‘hoo hey how’ di tempat awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu jam 5.30 petang, pada 27 April lalu di belakang sebuah kedai kopi di Bandar Baharu Permyjaya di sini.

Semasa tangkapan, polis turut merampas satu set permainan holo dan wang tunai untuk dijadikan barang kes.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Nor di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

Advertisement