Anda di sini

Taib hadiri Majlis Makan Beradat Pesta Kaul Mukah

Advertisement

RASA: Taib (tengah) mencuba hidangan disediakan pemilik gerai sambil diiringi Leo (kanan) dan Abdul Wahab (kiri) di Mukah semalam.

MUKAH: Majlis Makan Beradat sempena Pesta Kaul Mukah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib di tapak Pesta Kaul Mukah semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Muhammad Leo Toyad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Yussibnosh Balo, Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dolah serta tetamu kehormat lain.

Sementara itu, Taib berkesempatan mengunjungi gerai-gerai makanan yang mempamerkan makan tradisional masyarakat Melanau pada pesta tersebut.

Advertisement