Anda di sini

Serah segalanya setelah dipujuk

Advertisement

MIRI: Seorang gadis berusia 15 tahun yang bekerja di sebuah salun rambut di sini, petang kelmarin, membuat laporan polis bahawa dia ditipu oleh seorang lelaki yang memaksanya untuk menyerahkan tubuhnya.

Pengadu dari Sungai Dalam di sini, dalam laporannya memberitahu, pada 23 April lalu, jam 11 pagi dia telah melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan tanpa pengetahuan sesiapa.

Katanya kejadian itu berlaku di bilik tidur suspek di kediamannya di kawasan perindustrian Piasau Utara di sini.

Pengadu pada awalnya enggan berbuat demikian, namun telah dipujuk rayu oleh suspek yang berjanji mahu mengahwininya setelah dia cukup umur.

Pengadu merasakan dirinya tertipu selepas suspek tidak mahu bersamanya lagi, lalu membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri di sini, kelmarin.

Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis kemudian menahan suspek pada hari yang sama untuk siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata siasatan awal polis mendedahkan bahawa suspek dan pengadu merupakan pasangan kekasih sejak hampir dua bulan lalu dan ia merupakan kali pertama mereka mengadakan hubungan seks.

Sementara itu, suspek yang berusia 22 tahun, disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol gadis bawah umur.

Advertisement