Anda di sini

Pemain Kuching, Miri tunjuk penguasaan

Advertisement

KUCHING: Pemain dari Kuching dan Miri menunjukkan penguasaan mereka pada Kejohanan Badminton Majlis Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) 2014 yang melabuhkan tirainya di Dewan Badminton Kota Sentosa di sini kelmarin.

Mencuri tumpuan kategori perseorangan lelaki bawah 18 tahun yang dimenangi Kam Sing Siong (Miri) sambil rakannya, Aaron Chieng di tempat kedua.

Bong Yung Tze dari Kuching dan Roland So dari Sibu menduduki tempat ketiga bersama.

Kategori perseorangan lelaki bawah 15 tahun dirangkul Owen Ting dari Kuching manakala rakan sepasukan, Nalthan Lissem di tempat kedua.

Lai Wei Jie (Miri) dan Gilbert Vieery (Sarikei) menduduki tempat ketiga bersama.

Wakil Miri, Joden Atom pula bergelar juara dalam kategori perseorangan lelaki bawah 12 tahun setelah menundukkan rakan sepasukan, Chen Khai Hoong.

Tempat ketiga bersama dimenangi Lim Sien Chun (Bintulu) dan Goh Shun Kiat (Kuching).

Saingan perseorangan wanita bawah 18 tahun tidak kurang hebatnya dengan Kourtney Kho dari Kuching muncul juara diikuti Yong Ping Ping dari Miri di tempat kedua.

Sharon Thien (Kuching) dan Florance Tiong (Miri) yang tewas di peringkat separuh akhir menduduki tempat ketiga bersama.

Juara dan naib juara kategori perseorangan wanita bawah 15 tahun milik Miri menerusi Kam Wei Li dan Shawn Lee.

Manakala Kuching menggondol tempat ketiga bersama menerusi Kristy Tay Yong dan Jee Yu Fei.

Miri turut cemerlang dalam kategori bawah 12 tahun apabila meraih juara dan naib juara menerusi Wong Ling Ching dan Erika Vallensia.

Kashley Kho Tze (Kuching) dan Quennie Laurentia (Kuching) menduduki tempat ketiga bersama.

Bagi kategori beregu campuran bawah 18 tahun, juara milik Jonathan Kho Kai-Vivienne Kua Yun Jen dari Kuching.

Tempat kedua pula disandang Wilson Lau-Nicole Nicola yang mewakili Miri.

Beregu Tommy Pang-Ling En You (Miri) dan Henry Law-Wong Miao Jing (Sarikei) muncul pemenang tempat ketiga bersama.

Miri turut mendominasi kategori beregu lelaki bawah 18 tahun menerusi Kam Sing Siong-Wilson Lau manakala Jeremy Kho Shyang-Jonathan Kho Kai (Kuching) di tempat kedua.

Bong Yung Tze-Jonathan Jong (Kuching) dan Hii Shieng Khai-Roland So (Sibu) muncul pemenang tempat ketiga bersama.

Dalam pada itu, kategori beregu wanita bawah 18 tahun juara dirangkul Vivien Kua- Kourtney Kho (Kuching) sementara Florence Tiong dan Yong Ping Ping (Miri) naib juara.

Tempat ketiga bersama milik Nicole Nicola-Ling Eng You (Miri) dan Sharon Thien-Stella Thien (Kuching).

Pemenang kategori beregu lelaki bawah 15 tahun pula Owen Ting-Stanley Chiong (Kuching), tempat kedua Davis Freser-Gilbert Vieery (Sarikei) dan tempat ketiga bersama Marvin Ng-Zachary Sia (Miri) dan Danny Lee-Nik Azizi Murat (Samarahan).

Kategori beregu wanita bawah 15 tahun, juara disandang Jee Yu Fei-Kristy Tay Yong (Kuching), tempat kedua Kam Wei Li-Valerie Liong (Miri) manakala Felicia Fong-Flora Fong (Kuching) dan Shawn Lee-Yong Ying Xiu (Miri) menduduki tempat ketiga bersama.

Bagi kategori beregu lelaki bawah 12 tahun, Chen Khai Hoong-Joden Atom (Miri) muncul juara, Kennyson Josep- Riefhan Jawaher (Miri) tempat kedua dan Goh Shun Kiat- Joshua Voon (Kuching) dan Chen Zi Quan-Chuan Chia Yung (Kuching) tempat ketiga bersama.

Ho Sing Yen-Erika Vallensia (Miri) pula mendominasi kategori beregu wanita bawah 12 tahun, diekori Wong Ling Ching-Yong En En (Miri) di tempat kedua dan Alicia Ling Ching-Nicole Hon (Kuching) dan Kashley Kho-Quennie Laurentia (Kuching) tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya, Ishak Hashim mewakili Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan, Pegawai AEON Zakimarhani dan Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Sukan (Bahagian Sukan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Nur Asmara Diana Abdullah.

Advertisement