Anda di sini

Skuad Ngap Sayot lawat tiga buah sekolah esok

Advertisement

KUCHING: Skuad Sarawak akan mengadakan lawatan ke SMK Sadong Jaya Samarahan, SMK Lundu dan SMK Lake, Bau pada Isnin depan (28 April) bermula jam 3 petang.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) semalam, lawatan itu sebagai pengisian tempoh rehat panjang Liga Super 2014 selama tiga minggu.

Ia juga salah satu program komuniti bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah beramah mesra dan mengenali pemain-pemain Sarawak dengan lebih dekat.

Pasukan Sarawak akan disertai pegawai-pegawai FAS akan bergerak dalam tiga kumpulan semasa lawatan tersebut.

Sarawak akan menentang KL Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 10 Mei depan.

Skuad Robert Alberts kini menduduki tangga keempat setelah mengumpul 22 mata hasil tujuh kemenangan, enam kekalahan dan sekali seri.

Advertisement