Anda di sini

Quyyns tidak menduga raih gelaran ‘Teluwaih Jinih’ Mukah

Advertisement

MUKAH: Peserta berasal dari Kuching tidak menduga gelaran ‘Teluwaih Jinih’ 2014 miliknya pada Pesta Kaul Mukah di Taman Kala Dana di sini malam kelmarin.

Pertandingan ratu cantik itu dimenangi Quyyns Evysia Waysia, 20, peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang mempunyai ketingggian 160cm.

Quyyns memberitahu, dia memang tidak menduga kemenangan itu menjadi miliknya kerana sejak menyertai pertandingan itu sebelum ini tidak pernah mendapat nombor.

“Saya pernah menyertai pertandingan ini, namun saya tidak pernah mendapat nombor.

“Saya memang tidak menduga meraih tempat pertama sekali gus mendapat gelaran Teluwaih Jinih 2014.

“Saya rasa amat gembira setelah nama saya diumumkan sebagai juara untuk Teluwih Jinih pada Pesta Kaul Mukah tahun ini,” katanya.

Quyyns berjaya membawa pulang mahkota, wang tunai, selempang, gaun malam tajaan Rozie Khan, Couture KL, sijil dan jambangan bunga.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi Karmila Yahdi dari Kampung Judan, Mukah dengan membawa pulang mahkota, wang tunai, selempang, sijil dan jambangan bunga.

Tempat ketiga dimenangi Aida Suyong, 20, dari Kampung Penat Oya dan membawa pulang mahkota, wang tunai, selempang, sijil dan jambangan bunga.

Selain itu, Mimi Sofia Morshidi @ Han mendapat gelaran Miss Photogenic Pesta Kaul 2014 dengan membawa pulang mahkota, wang tunai, sepasang busana Melanau tajaan Latip’s Collection, bingkai gambar tajaan Photogenix, selempang, sijil dan jambangan bunga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Elizabeth Nelson.

Turut hadir Kaunselor Jaidah Bujang serta yang lain.

 

Advertisement