Anda di sini

KAFA percaya kepada Boateng

Advertisement

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yakin pengendali baharu skuad ‘The Red Warriors’ (TRW), George Boateng mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Steve Darby yang dipecat sebelum ini.

Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail berkata pihaknya yakin bekas pemain antarabangsa Belanda itu mampu membawa perubahan kepada skuad TRW meskipun tidak mempunyai pengalaman mengendalikan mana-mana pasukan.

“Walaupun dia tidak pernah menjadi jurulatih tetapi kami dah nilai rekod-rekod beliau yang lepas dan kita yakin dia dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan jayanya,” katanya pada majlis memperkenalkan pemain terbaru TRW di ‘The Red Warriors Cafe’ semalam.

Rosmadi berkata dua pemain baharu TRW iaitu pemain pertahanan dari Iraq, Hussein Alaa Salman dan penyerang Ghana, Prince Tagoe dijangka dapat diturunkan pada perlawanan akan datang. — Bernama

Advertisement