Anda di sini

SKA merayu kepada MSNS kabaddi dipertandingkan SUKMA 2016

Advertisement

KUCHING: Persatuan Kabad­di Sarawak (SKA) membuat rayuan kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) agar sukan tersebut dipertand­ingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 yang akan diadakan di Sarawak pada 2016.

Penasihat SKA, Jacob Sebas­tian berkata Sarawak mempun­yai potensi cerah dalam sukan kabaddi dan yakin atlet kita mampu melakar kejayaan ce­merlang pada SUKMA 2016.

“Kabaddi wajar diberi pe­luang pada SUKMA 2016 kerana sukan itu semakin di­minati di sini,” katanya pada majlis penutupan Pertandingan Kabaddi Antara Sekolah-Se­kolah Menengah Daerah Kuch­ing 2014 di SMK Batu Lintang, di sini semalam.

Sementara itu, Penaung SKA Datuk Azman Samoan ber­cadang untuk membina pusat kabaddi baharu bagi memberi keselesaan kepada atlet-atlet menjalani latihan.

“Pusat sedia ada terlalu kecil dan tidak dapat menampung jumlah peserta yang ramai. Ia juga memberi kesukaran terutama jika kita mahu men­gadakan kejohanan di peringkat lebih besar,” katanya.

Sebanyak 19 pasukan dari empat sekolah menengah selu­ruh bandar raya ini menyertai kejohanan yang berlangsung sejak 23 April lalu.

Ia dianjurkan oleh SKA den­gan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuching dan Bank Rakyat selaku penaja utama.

Kategori yang dipertanding­kan lelaki dan wanita bawah 15 dan 18 tahun.

Pada perlawanan akhir se­malam, Sekolah Menengah Ke­bangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi (SMK Agama Tunaz) A muncul juara kategori lelaki bawah 18 tahun setelah men­undukkan SMK Pending 5-4 (tie-break).

Tempat ketiga dirangkul oleh SMK Matang Jaya B.

SMK Agama Tunaz B pula menggondol tempat pertama kategori lelaki bawah 15 tahun setelah mengatasi SMK Agama Tunaz A dengan 33-18 mana­kala SMK Matang Jaya men­duduki tempat ketiga.

Bagi kategori wanita bawah 18 tahun, SMK Matang Jaya A meraih tempat pertama sete­lah menduduki tangga teratas dalam liga.

Pasukan itu mencatat dua ke­menangan ke atas SMK Green Road dan SMK Pending yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

SMK Matang Jaya turut ce­merlang dalam kategori bawah 15 tahun apabila skuad B mere­ka menggondol tempat pertama dalam liga setelah mudah men­gatasi tiga pasukan lain.

Tempat kedua, ketiga dan keempat dirangkul SMK Green Road, SMK Matang Jaya A dan SMK Pending.

Sementara itu, Mohd Hafiz (SMK Agama Tunaz) dan Mohd Azrey (SMK Matang Jaya) dinobatkan pemain ter­baik kategori lelaki bawah 18 dan 15 tahun.

Manakala Normaliza Abd Malek (SMK Green Road) dan Marianne Joshua (SMK Matang Jaya) ditabal pemain terbaik kategori wanita bawah 18 dan 15 tahun.

 

Advertisement