Anda di sini

Polis tahan seorang lelaki, rampas dadah, pistol tiruan dan wang tunai

Advertisement

JOHOR BAHARU: Polis Johor percaya dapat menumpaskan sindiket pengedaran dadah berikutan penahanan seorang lelaki di sebuah hotel diTaman Mount Austin, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 3.45 pagi selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan jenayah terbabit.

“Polis yang melakukan pemeriksaan menemui lima paket plastik lut sinar disyaki dadah bersama wang tunai RM8,945. Turut ditemui sepucuk pistol tiruan berserta sarungnya dan dua kotak peluru alas bebola,” katanya kepada pemberitadi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata siasatan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman dua minggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan.

Dalam kes berasingan, Mohd Mokhtar berkata pihaknya turut berjaya menumpaskan sindiket perjudian loteri haram membabitkan nilai kira-kira RM2.5juta sebulan berikutan penahanan tiga orang termasuk dua wanita dalam serbuan di Kampung Sungai Bunyi Hilir, dekat Pontian, dua hari lepas.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 40 dan 50 tahun itu ditahan pada jam 5.35 petang, hasil maklumat awam.

“Polis merampas pelbagai barangan termasuk tiga komputer, tiga komputer riba, tiga mesin pencetak, tujuh mesin faksimile, 170 helai kertas yang tercatatangka disyaki berkaitan loteri haram, tujuh telefon bimbit dan kalkulator dalamserbuan itu,” katanya.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan reman sehingga Ahad, katanya. — Bernama

Advertisement