Anda di sini

Curi kereta untuk alat ganti makin berleluasa

Advertisement

KUCHING: Kegiatan curi kereta untuk mendapatkan alat ganti dilihat semakin membimbangkan ekoran beberapa kereta yang dilaporkan hilang ditemui semula dalam keadaan tidak sempurna, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak polis kini giat menjalankan operasi membanteras kegiatan curi kenderaan dan semalam sahaja telah menemui semula dua kereta iaitu sebuah Proton Wira dan Proton Satria ditinggalkan di dua lokasi berlainan.

Hasil pemeriksaan, kedua-dua kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Proton Wira yang dilaporkan hilang pada 9 April lepas ditemui di tempat letak kereta Kenyalang Park dan sebuah lagi kereta Proton Satria dilaporkan hilang pada 15 April telah ditemui di pekarangan bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Kedua-dua kereta tersebut ditemui dalam keadaan tidak sempurna, di mana beberapa komponen enjin serta bahagiaN dalam kereta termasuk sistem audio telah hilang,” kata sumber.

Kedua-dua kereta tersebut terpaksa ditunda ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

Menurut jurucakap polis, pihaknya akan meneruskan operasi berkenaan dan mengharapkan kerjasama daripada semua pihak.

“Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan curi kenderaan diharapkan dapat disalurkan kepada kita dalam usaha kita untuk sama-sama membanteras kegiatan ini,” katanya.

Advertisement