Anda di sini

Aplikasi ‘saveme 999’ diperluas kepada orang ramai Jun depan

JOHOR BAHARU: Perkhidmatan kecemasan menerusi aplikasi ‘SaveME 999’, yang sebelum ini diperkenalkan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dijangka akan diperluaskan kepada orang ramai, Jun depan.

Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia sudah bersetuju untuk memperluaskan aplikasi percuma itu yang bermatlamat supaya hanya satu sistem digunakan di seluruh negara bagi pengurusan panggilan kecemasan.

“Di Johor ada menggunakan aplikasi ‘Community Alerts’ manakala Selangor ada menggunakan aplikasi ‘My Distress’. Jadi, sekarang ini kita mahu hanya penggunaan satu ‘butang kecemasan’ yang seragam di seluruh negara bagi pengurusan panggilan kecemasan,” katanya. — Bernama