Anda di sini

Saksikan aksi hebat Karnival Bola Sepak Sembilan Sebelah hujung minggu ini

Advertisement

LIMBANG: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Bahagian Limbang bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) buat julung kalinya akan menganjurkan Karnival Bola Sepak Sembilan Sebelah yang berlangsung di Kompleks Sukan pada 26 dan 27 April.

Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Alidin@Brahim Tawar berkata, pasukan yang bertanding terdiri daripada pasukan dari Zon Utara termasuk, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas.

Katanya, pelbagai hadiah lumayan ditawarkan kepada bakal-bakal pemenang kejohanan itu nanti.

“Juara akan menerima wang tunai RM1,000, tempat kedua menerima RM700, ketiga RM500 dan keempat RM300,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau turut berharap kejohanan berkenaan akan dapat dianjurkan secara berterusan dalam usaha memeriahkan lagi industri bola sepak tempatan.

“Kejohanan ini juga merupakan permulaan yang baik untuk Liga Limbang yang bakal melabuhkan tirainya awal Mei depan,” ujarnya lagi.

Alidin turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan peminat bola sepak tempatan agar datang beramairamai bagi memeriahkan kejohanan itu pada hujung minggu ini.

Advertisement