Anda di sini

Pencarian MH370 dari udara ditangguh kerana cuaca buruk

Advertisement

PERTH: Operasi pencarian dari udara yang dirancang pada Rabu di kawasan berkedudukan 855 kilometer dari barat laut Perth bagimengesan penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lepas, terpaksa ditangguh susulancuaca buruk.

Tiga pesawat yang sudah berlepas untuk misi itu pada awal pagi telah dipanggil balik, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan di sini.

Menurut kenyataan terkini JACC itu, cuaca buruk tersebut mengakibatkan laut bergelora dan jarak penglihatan terjejas, sekali gus membahayakan pasukanmencari.

Operasi pencarian dari udara lazimnya mengambil masa lapan jam untuk perjalanan pergi-balik dan dua jam bagi menjalankan operasi mencari.

Dalam pada itu, 12 kapal yang terlibat dalam misi semalam meneruskan operasi mereka.

Kelmarin JACC menangguhkan operasi pencarian dari udara susulan ribut tropika ‘Jack’, bagaimanapun operasi diteruskan kemudian menggunakan lima pesawat tentera.

Misi semalam dirancang membabitkan 10 pesawat.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam 8 Mac lalu dan hilang daripadaimbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.Pesawat milik Malaysia Airlines itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30pagi hari yang sama.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara pada awalnya dilaksana di Laut China Selatan sebelum ditumpukan di Lautan Hindi selepas adapenemuan menunjukkan pesawat melencong jauh daripada laluan asal. — Bernama

Advertisement