Anda di sini

Mixture Gold juara keseluruhan Futsal 1Malaysia

Advertisement

MIRI: Pasukan Mixture Gold muncul juara keseluruhan pertandingan Futsal 1Malaysia ‘Jom Ke Putrajaya 2014’ selepas mengalahkan pasukan Skuad 48 dalam perlawanan akhir Ahad lepas.

Selaku juara, Mixture Gold membawa pulang wang tunai RM400, piala dan medal manakala pasukan Skuad 48 tidak pulang dengan tangan kosong apabila mereka menerima RM300, piala dan medal.

Tempat ketiga pula milik pasukan Standby FC dan mereka menerima RM200, piala dan medal.

Bagi kategori lelaki pula, pasukan BNG Lega Lego A dan BNG Lega Lego B bukti kehebatan apabila muncul johan dan naib johan.

Kedua-dua pemenang itu masing- masing menerima RM700, RM500 bersama piala dan medal iringan manakala Bantuan FB (tempat ketiga) menerima RM300 dan piala.

Ia adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Miri dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Miri (IKBN) Miri, Bank Rakyat Miri dan City Sport Miri.

Pertandingan yang berlangsung pada 19 dan 20 April itu telah disertai kira-kira 48 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pegawai Kementerian Belia dan Sukan, Shukri Drahman dan Pemilik City Sport, Lee Joon Soon.

Advertisement