Anda di sini

Kursus Jurulatih Bola Sepak Pra C akan diadakan dari 15-17 Mei depan

Advertisement

SRI AMAN: Orang ramai dipelawa untuk menyertai Kursus Jurulatih Bola Sepak Pra C yang yang akan diadakan di Kompleks Sukan Sri Aman pada 15 hingga 17 Mei 2014 nanti.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (SAFA), Zaidil Ripin berkata, Kursus Jurulatih Bola Sepak Pra C ini hanya dibuka untuk 100 individu sahaja.

Kursus tiga hari ini adalah anjuran bersama SAFA dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), jelas beliau.

Menurutnya, syarat kelayakan umur untuk menyertai kursus ini adalah 18 tahun ke atas.

Sementara itu, yuran penyertaan berjumlah RM50 dikenakan untuk peserta dari Sri Aman manakala RM100 buat peserta dari luar kawasan ini, kata beliau.

“Bagaimanapun pihak kami tidak akan menyediakan tempat penginapan untuk para peserta yang bakal menyertai kursus ini nanti,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurutnya lagi, beliau bersama dengan Alfred Kendim dan Mas Shamsuddin dari SAFA yang akan mengendalikan kursus ini nanti.

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-5673629, Alfred Kendim (013-8248062) atau Mas Shamsuddin (019- 8347971).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 Mei depan.

Advertisement