Anda di sini

Jom sertai aksi Sepak Takraw Terbuka SABERKAS Saribas

Advertisement

DEBAK: Peminat sukan takraw di negeri ini dipelawa menyertai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka SABERKAS Cawangan Saribas 2014 anjuran Unit Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Debak pada 1 hingga 4 Mei depan di Dewan LAKID di sini.

Menurut urus setia pertandingan, Abang Abdul Rahim Abang Abu kejohanan tersebut adalah untuk mempromosi sukan sepak takraw sambil mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, johan akan menerima RM300 berserta medal, manakala naib johan akan meraih RM150 serta medal, tempat ketiga menerima RM100 serta medal dan keempat RM50.

“Yuran penyertaan adalah RM30 bagi satu regu dan tarikh tutup penyertaan pada 26 April ini, jam 2.30 petang.

“Cabutan undi akan diadakan pada hari yang sama di Dewan LAKID,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Abang Rahim, borang penyertaan boleh didapati daripada Tembo (014-4925885) atau Mohd Azlan di Pejabat Daerah Kecil Debak (019-8674374).

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi urus setia Unit Sukan Rekreasi SABERKAS Debak, Abang Busri Abang Morni (010-5268112) dan Abang Abdul Rahim (019-2542156).

Dijangka hadir merasmikan kejohanan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam.

Advertisement