Anda di sini

Hari Arbor, Pesta Air BandarayaKU ditunda ke tarikh baharu

Advertisement

KUCHING: Sambutan Hari Arbor anjuran Dewan Bandaraya Ku-ching Utara (DBKU) yang dijadualkan pada Sabtu, 26 April ini ditunda ke tarikh baharu iaitu Khamis, 8 Mei.

Sambutan akan bermula pada jam 6.30 pagi di Esplanad Kuching dan dijangka disem-purnakan oleh isteri Ketua Menteri Puan Sri Datuk Jamilah Anu.

Sehubungan itu, taklimat bagi sambutan Hari Arbor diadakan pada Isnin, 5 Mei jam 2.30 petang di Auditorium DBKU Bukit Siol.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Mohd Hafiz Ali atau Mohammad Azlan Mohamed menerusi talian 082-446688 sambungan 323 atau 314.

Sementara itu, Pesta Air BandarayaKU yang dijadualkan pada 26 dan 27 April ini pula ditunda ke Sabtu, 24 Mei dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Begitupun, menurut kenyataan akhbar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kelmarin, lokasinya masih sama iaitu di Esplanad Kuching di sini.

Justeru, sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Perhubu-ngan dan Pembangunan Komuniti (CRD) DBKU Noraini Karim Abdillah menerusi talian 082-446688 (sambu-ngan 130) atau e-mel ke crd@dbku.gov.my.

Advertisement