Anda di sini

Hantar borang penyertaan segera

Advertisement

SIBU: Pasukan yang berminat menyertai Pertandingan Futsal Piala DUN Nangka 2014, diminta menghantar borang penyertaan pada atau sebelum 24 April ini.

Dianjurkan oleh Sekretariat Sosial, Budaya, Sukan dan Perpaduan Nangka, pertandingan dijadual akan berlangsung pada 26 dan 27 April ini di TN Sport.

Menurut urusetia kejohanan, Edmund Chua, pertandingan akan dijalankan secara liga berkumpulan, tertakluk kepada jumlah pasukan yang mengambil bahagian.

“Yuran penyertaan ialah RM80 bagi satu pasukan dan tarikh tutup penyertaan serta cabutan undi dijalankan pada 24 April, jam 8.30 malam bertempat di bilik taklimat Pusat Khidmat PBB DUN Nangka, Jalan Bandong,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bagi pasukan yang berminat, boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Edmund (016-5892883), Junaidi Ahmad (013-8122498), Roslan Hashim (013-5617177), Khusuady Penyarang (012- 8588848), Freddie Chua (013-8200034), Semi Ibrahim (019-4851327) dan Osman Yusuf (019-4682523).

Advertisement