Anda di sini

Gerai di Pantai ABF jadi tumpuan warga Bintulu

Advertisement

BINTULU: Gerai-gerai peniaga di Pantai ABF terus menjadi tumpuan warga Bintulu untuk mendapatkan barang keperluan harian terutama pada hujung minggu berikutan terdapat pelbagai jenis barangan dijual di kawasan itu.

Antara barangan yang dijual ialah hasil hutan, buah-buahan, sayur-sayuran, kuih-muih, minuman dan pelbagai jenis ikan segar.

Ikan segar merupakan barangan yang begitu menarik perhatian para pengunjung memandangkan hasil laut yang baharu diperolehi didaratkan terus oleh para nelayan di situ sekitar jam 9 pagi.

Ikan merupakan hasil yang ditunggu-tunggu oleh para pembeli di tapak jualan di situ bahkan mereka berebut-rebut untuk mendapatkan hasil laut segar tersebut.

Seorang nelayan semasa ditemui berkata, jualan amat memberangsangkan dengan kesemua hasil tangkapan ikan mereka habis di jual di situ.

Tinjauan mendapati para pengunjung turut membeli ikan dalam jumlah yang banyak untuk bekalan hotel dan restoran di sini.

Advertisement