Anda di sini

Bekas polis bantuan antara dua ditahan dalam kes samun

Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas anggota polis bantuan antara dua lelaki yang ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes samun di sebuah hotel di Jalan Thambipillay di sini pada 4 April lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata lelaki itu mengacu pisau terhadap seorang tetamu di bilikhotel itu sebelum menyamun pelbagai barang termasuk kad ATM (mesin pengeluaranwang automatik).

“Suspek berusia 29 tahun itu mengacukan pisau di leher mangsa dan meminta nombor pin kad ATM. Mangsa yang dalam ketakutan itu pun terpaksa akur sebelumsuspek mengeluarkan RM5,000 daripada mesin ATM.

“Suspek juga melarikan wang tunai RM1,000 daripada dompet mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Susulan itu, polis menahan suspek di Bandar Baru Mahkota, Cheras di sini, sebelum menahan rakannya berusia 24 tahun di lokasi sama.

Khairi berkata polis juga merampas sembilan komputer riba, sehelai vest polis bantuan berwarna kuning, dua tali pinggang hitam lambang polis dan beberapa telefon bimbit.

Hasil siasatan mendapati kumpulan itu juga mempunyai dua lagi rakan yang dipercayai anggota tentera, namun ia masih dalam siasatan.

“Kedua-dua suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan mereka juga dipercayai bergiat aktif di sekitar kawasan Brickfields dan Dang Wangi.

Kedua-dua suspek ditahan lanjut berhubung kes samun berkawan dan bersenjata,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairi berkata polis yakin selesaikan tujuh kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar ibu kota selepas menahan empat lelakiberusia lingkungan 22 dan 32 tahun yang bergiat aktif sejak akhir Februarilepas.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi Sabtu lepas, seorang lelaki mengacukan parang ke atas juruwang kedai di Jalan Tun Desa, di sini sebelum melarikan beberapa kotakrokok dan duit.

“Hasil maklumat daripada pengadu, pihak polis menahan seorang lelaki kumpulan itu di sebuah restoran di Jalan Puchong di sini sebelum menahan tigalagi rakannya di Taman Muhibah dekat sini.

“Polis merampas sebilah parang, beberapa sarung tangan, beberapa keping wang tunai Indonesia dan Vietnam serta sebuah motosikal dipercayai digunakan untukkegiatan itu,” katanya.

Dua daripada empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. — Bernama

Advertisement