Anda di sini

Wanita antara dicekup disyaki miliki kereta curi

Advertisement

MIRI: Seorang wanita antara tiga individu yang diberkas polis malam kelmarin kerana disyaki memiliki sebuah kereta curi.

Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 30-an hingga 50-an diberkas hasil serbuan yang di­lakukan sepasukan polis ke atas sebuah hotel bajet di sini sekitar jam 7.30 malam.

Terdahulu, menurut sumber, polis berjaya mengesan kereta berk­enaan namun kemudian hilang jejak.

Beberapa jam kemu­dian kereta itu dapat dikesan semula apabila dilihat diletakkan di ha­dapan sebuah hotel bajet yang terletak di kawasan pusat bandar ini.

Berikutan itu, polis te­lah menyerbu hotel bajet berkenaan dan menang­kap ketiga-tiga suspek serta merampas sebuah kereta jenis Honda Ac­cord untuk dijadikan barang kes.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

 

Advertisement