Anda di sini

Tiga NGO buat laporan polis terhadap gambar memalukan kepimpinan negara

Advertisement

KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) semalam  membuat laporan polis berhubung penemuan akaun Facebook yang menghina kepimpinan negara dan Polis Diraja Malaysia.

Pertubuhan Martabat Jali-nan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini semalam.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang menghina kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasukan polis.

“Individu terbabit yang menggunakan nama “Conspiracy Cavalera” itu meng-aibkan Perdana Menteri serta menteri kabinet dalam gambar yang dimuat naik di laman sesawang berkenaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Selain itu tindakan tegas harus diambil ke atas seorang individu yang hanya dikenali sebagai “Afiq Gen’ji” yang telah memaki hamun polis dengan ayat yang amat bia-dab, katanya.

“Kami meminta Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit,” kata-nya. — Bernama

 

 

Advertisement