KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas kereta Iswara Aeroback yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke bawah tebing di KM93.3 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Maran kelmarin.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, S. A Gunasegaran, 28, beralamat dari Taman Indah Jalan Karak mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
“Nahas jam 5 petang itu berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Mentakab menghala ke Kuantan.
“Setiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum kenderaannya terjatuh ke bawah tebing,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dan mati di tempat kejadian, katanya. — Bernama