Anda di sini

KTS akan tambah jumlah polis bantuan: Lau

Advertisement

KUCHING: Kumpulan Sya­rikat KTS akan terus me­nambah jumlah polis bantuan dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan en­titi perniagaan itu pada masa hadapan.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Vincent Lau Lee Ming berkata, kewu­judan polis bantuan yang mempunyai kuasa seperti pasukan Polis Diraja Malay­sia (PDRM) itu merupakan nilai tambah bagi kumpulan tersebut yang berkecimpung secara aktif dalam pelbagai bidang perniagaan.

“Kita menyedari hakikat PDRM tidak dapat hadir setiap masa di ladang-ladang serta tapak pembalakan kita yang luas serta terpencil.

“Sebab itu, kita (KTS) per­lu mempunyai polis bantuan tersendiri untuk membantu kita mencegah jenayah di lokasi strategik perniagaan kita dan pada masa sama, secara amnya membantu PDRM membanteras je­nayah,” katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Polis Diraja Malaysia ber­sama Agensi Polis Bantuan di Crown Towers, Jalan Pending di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jaba­tan Pencegahan dan Pemban­terasan Jenayah Datuk Ayub Yaacob, Timbalan Pesuruh­jaya Polis Datuk Law Hong Soon dan Pengurus Pemban­gunan Tanah Korporat KTS Datuk Vincent Chapman.

Kumpulan KTS yang ditu­buhkan lebih 50 tahun dahulu berkecimpung dalam pelbagai sektor seperti pembalakan, pertanian, perdagangan, pembangunan hartanah, in­dustri makanan dan banyak lagi.

Lau turut melahirkan set­inggi-tinggi terima kasih kepada PDRM yang telah meluluskan 120 jawatan polis bantuan di mana lapan dari­padanya adalah berpangkat pegawai.

Setakat ini, katanya, KTS mempunyai kekuatan polis bantuan seramai seramai 39 anggota dan seorang pegawai seluruh negeri.

“Kita mahu memastikan semua polis bantuan kita adalah berkualiti tinggi dari segi disiplin dan juga keberke­sanan dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Kami mengharapkan sokongan PDRM untuk mengembangkan lagi pasu­kan polis bantuan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau pada masa sama menyokong penubuhan polis bantuan yang dapat mem­bantu polis dari segi pence­gahan jenayah, selari dengan pembangunan negeri ke arah status berpendapatan tinggi serta kemajuan dibawakan oleh Koridor Tenaga Diper­baharui Sarawak (SCORE).

“Kita berharap ia dapat membantu memelihara kea­manan dan keselamatan di negeri ini,” katanya.

 

Advertisement