Anda di sini

Kereta hilang ditemui remuk dalam nahas

Advertisement

KUCHING: Kereta dilapor­kan hilang yang disyaki digu­nakan untuk kegiatan pecah rumah ditemui remuk selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Razak di sini, semalam.

Difahamkan, kereta jenis Proton Satria itu ditinggal­kan tanpa pemandu di lokasi kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta dalam insiden yang berlaku sekitar jam 2.15 petang itu.

Hasil pemeriksaan oleh pihak polis ke atas kereta berkenaan menemui bebera­pa botol arak berjenama serta senjata tajam yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

Selain itu, polis turut mengesahkan bahawa kereta tersebut telah dilaporkan hilang pada Ahad lepas di Kenyalang Park, di sini.

“Polis telah menghubungi pemilik kereta berkenaan di mana dia mengesahkan ba­hawa kereta tersebut adalah miliknya sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Menurut saksi kejadian juga, mereka telah melihat tiga lelaki ‘bertatu’ dipercayai berbangsa Cina meluru keluar dari dalam kereta (Satria) berkenaan sebaik sahaja se­lepas kemalangan tersebut berlaku,” kata sumber.

Siasatan lanjut oleh pihak polis masih dijalankan.

Manakala pemandu dan penumpang dua lagi kereta yang terlibat dalam kema­langan tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Advertisement