Anda di sini

Gadis dirujuk ke HUS, dakwa dirogol pakcik

Advertisement

KUCHING: Mendakwa di­rogol oleh bapa saudara sendiri, seorang gadis dirujuk ke Hos­pital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan lewat malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 15 tahun dan berasal dari Kam­pung Tambirat, Asajaya itu telah mengadu kepada saudara lelakinya bahawa dia telah dirogol oleh suspek ketika baharu pulang dari sekolah.

Ekoran itu, saudara mangsa yang juga anak kepada suspek kemudian terus membawa mangsa ke balai polis ber­hampiran untuk melaporkan mengenai insiden tersebut.

Mangsa dilihat hadir di HUS untuk pemeriksaan kesi­hatan sekitar jam 12 tengah malam kelmarin.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis semalam, usaha untuk mendapatkan pengesahkan daripada pihak polis berhubung perkara tersebut tidak berjaya.

 

Advertisement