Anda di sini

Dua beradik ditahan, enam senjata api dirampas polis

Advertisement

MIRI: Polis Miri berjaya memberkas dua beradik dan merampas enam laras senjata api buatan sendiri dalam ser­buan ke atas sebuah rumah di Kampung Sebalik, Bekenu di sini petang semalam.

Daripada enam senjata api yang dirampas, dua merupa­kan jenis ‘air rifle,’ manakala empat lagi senapang patah.

Dalam serbuan sekitar jam 3 petang itu, polis turut mer­ampas lima butir peluru hidup daripada dua beradik terbabit yang masing-masing berusia 40 dan 23 tahun.

Difahamkan, pada Isnin lalu, suspek berusia 40 te­lah mengugut bekas ister­inya menggunakan salah satu daripada senapang pa­tah tersebut setelah wanita terbabit enggan rujuk semula dengannya.

Kedua-dua suspek kemu­dian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal-siasat lanjut.

Sementara dalam satu kes berasingan, gara-gara berang setelah ditegur agar tidak menjemur pakaian di tepi ja­lan, seorang lelaki warga emas telah bertindak mengugut hendak membunuh seorang jirannya menggunakan selaras senapang patah.

Berikutan itu, mangsa, 44, yang bimbang akan kes­elamatan diri telah membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 5 petang kelmarin, sepasukan polis telah memberkas suspek yang berusia lingkungan 60-an di rumahnya di Bandar Baru Permyjaya di sini.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas selaras senapang patah yang diper­cayai digunakan suspek untuk mengugut mangsa.

Menurut sumber, pada malam Ahad lalu, mangsa telah menegur suspek supaya tidak lagi menjemur pakaian­nya di tepi jalan kerana telah menimbulkan masalah ke­pada mereka serta pengguna jalan raya yang lain.

Mangsa yang berang den­gan teguran itu, lantas masuk ke dalam bilik dan mengam­bil senapang patah sebelum keluar semula dan men­gugut hendak membunuh mangsa.

 

Advertisement