Anda di sini

Syabas kerana lakukan yang terbaik kendali pendaratan MH192: Najib

Advertisement

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memuji tugas baik yang dilakukan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang mengalami kerosakan, serta mereka yang bertugas di lapangan, dalam memastikan pesawat penerbangan yang menuju ke Bangalore itu selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pagi semalam.

Perdana menteri berkata beliau gembira Penerbangan MH192 selamat berpatah balik ke lapangan terbang Sepang.

“Syabas kepada semua yang terlibat. Tahniah kepada Kapten Nor Adam Azmi dan pembantu juruterbang Prakash Kumar kerana berjaya mendaratkan kapal terbang itu dengan selamat dalam keadaan kecemasan,” katanya dalam akaun Facebooknya semalam.

Najib mengakui tindakan pantas Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, memaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Malaysia Airlines mengenai serpihan tayar yang ditemui di landasan, amat dipuji.

Penerbangan MH192 berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam Ahad tetapi mendapati kerosakan pada gear pendaratan sebelah kanannya dan berpatah balik serta membuat pendaratan kecemasan di KLIA pada jam 1.56 pagi Isnin.

“Kesemua 159 penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan itu selamat,” kata perdana menteri dalam catatan Facebooknya yang mendapat 2.3 juta ‘Likes’.

Para penumpang memuji kecekapan juruterbang yang menangani keadaan secara profesional. — Bernama

Advertisement