Anda di sini

SK Kebulu juara sepak takraw MSSR Bintulu

Advertisement

BINTULU: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu muncul juara keseluruhan sekali gus menewaskan lapan sekolah lain pada Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan-Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Peringkat Bahagian Bintulu di gelanggang sepak takraw Kolej Vokasional Bintulu di sini.

Naib juara dimenangi SK Kampung Jepak, manakala tempat ketiga disandang SK Kampung Baru.

Ketiga-tiga pasukan masing-masing menerima hadiah berupa medal sebagai tanda pengiktirafan terhadap kemenangan mereka.

Kejohanan itu dianjurkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sebauh dengan kerjasama SK Hermanus Assan.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sebauh, Tero Bayel.

Kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw kalangan murid-murid daerah kecil Sebauh bagi membolehkan mereka mewakili MSSR Bintulu pada kejohanan sepak takraw ke peringkat lebih tinggi.

Ini merupakan landasan terbaik bagi setiap tenaga pengajar dan murid- murid peringkat sekolah rendah di bahagian ini untuk mengeratkan talian silaturahim.

Advertisement