Anda di sini

Sarawak, Sabah masih ketinggalan aspek pembangunan: Azmin

Advertisement

KUCHING: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa Sarawak dan Sabah masih ketinggalan daripada aspek pembangunan jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu keadaan sedemikian tidak wajar berlaku memandangkan dua wilayah itu kaya dengan sumber semulajadi.

Justeru beliau berkata PKR sentiasa berjuang untuk memastikan ketidakseimbangan agihan pembangunan itu dapat diperbetulkan.

“Kami cintakan negara kita terutama Sarawak yang kaya dengan hasil balak dan galian, jadi kami ingin memastikan ini semua diberi balik kepada rakyat berdasarkan agihan yang adil,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

PKR juga menurutnya akan terus berjuang menuntut keadilan daripada konteks pendidikan dan pengagihan hasil.

“Kita mahu anak-anak kita dilayan adil dalam mendapatkan pendidikan berkualiti bukan sahaja di Sarawak tetapi di Sabah dan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Azmin mengecam tindakan Naib Presiden PERKASA Datuk Zulkifli Noordin yang mempersendakan kematian bekas Presiden DAP Karpal Singh.

“Kenyataan dibuat oleh bekas Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu menerusi tweeter merupakan tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya.

 

Advertisement