Anda di sini

Kerajaan P. Pinang cadang tukar nama Persiaran IJM kepada Karpal Singh

Advertisement

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang mengubah nama satu persiaran di Sungai Pinang kepada Persiaran Karpal Singh bagi mengambil sempena nama mendiang peguam itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) minggu depan.

“Persiaran IJM akan ditukar kepada Persiaran Karpal Singh. Orang Pulau Pinang tahu Persiaran IJM ini, yang terletak berhampiran jambatan pertama, ditepi laut,” katanya pada sidang akhbar di kediaman Karpal Singh di sini semalam.

Karpal Singh, 74, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar, Perak pada Khamis.

Turut terbunuh dalam kejadian pada jam 1.10 pagi melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori itu pembantu peribadi Karpal, MichaelCornelius, 39.

Balu Karpal Singh, Gurmit Kaur, berkata beliau amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengumumkan persiaran di Sungai Pinang itu akan mengambilsempena nama suaminya.

Sementara itu, kediaman Karpal Singh terus menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. — Bernama

Advertisement