Anda di sini

Kediaman Mendiang Karpal terus jadi tumpuan ramai

Advertisement

Orang ramai pelbagai agama kunjungi rumah mendiang

GEORGE TOWN: Kediaman mendiang Karpal Singh terus menjadi tumpuan orang ramai, kenalan, sahabat handai dan pemimpin politik untukmemberi penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan peguam itu.

Sejak jam 8.30 pagi semalam orang ramai terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa mula berkumpul dan memenuhi pekarangan rumah mendiang di 144A, JalanUtama di sini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang turut hadir memberi penghormatan terakhir menyifatkan Karpal sebagai seorang yang sentiasa membeladan memperjuangkan keadilan rakyat.

“Saya turut merasai kehilangan mendiang Karpal. Saya mewakili kerajaan negeri Kelantan berasa dukacita dengan kemalangan yang menimpa mendiang,”katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyifatkan pemergian bekas pengerusi DAP dan ahli Parlimen Bukit Gelugor itusebagai satu kehilangan yang mendalam.

Dr Wan Azizah berkata Karpal adalah seorang peguam yang sangat komited dan berdedikasi.

“Saya diberitahu dalam kereta ada fail kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang akan pergi ke Mahkamah Persekutuan yang beliau bawa bersama untuk diteliti. Sayaberasa begitu terkilan bahawa beliau terpaksa pergi, tetapi walaupun peninggalannya kami akan meneruskan perjuangannya,” katanya.

Ejen hartanah, Wilson Moorthy, 47, berkata beliau berada di kediaman Karpal sejak jam 10 pagi. Katanya, beliau mula mengagumi Karpal sejak beliau berusia 18 tahun kerana kelantangannya berhujah di Parlimen.

“Sejak dulu lagi saya teringin untuk bertemu dengan beliau sehinggalah hasrat itu tercapai apabila saya berpindah ke Pulau Pinang pada usia 24 tahun.Setiap kali ada pilihan raya saya juga akan membantu beliau berkempen,”tambahnya.

Ditanya apakah ungkapan Karpal yang diingatnya, bapa kepada dua anak perempuan itu berkata: “Karpal sering mengingatkan saya supaya sentiasa menolongorang dengan jujur dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan serta jangan cepatberputus asa.”

Turut hadir memberi penghormatan terakhir Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam dan Majlis Peguam Malaysia.

Karpal Singh maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dengan sebuah lori di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatanberhampiran Gua Tempurong di Kampar, Perak awal pagi Khamis.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39. — Bernama

Advertisement