Anda di sini

Gadis dilaporkan hilang ditemui di pusat komersial

Advertisement

KUCHING: Gadis yang dikatakan hilang dengan sebuah kereta Toyota Avanza kini selamat bersama keluarganya selepas ditemui di pusat komersial di Jalan Song, di sini petang kelmarin.

Perkara tersebut disahkan seorang daripada ahli keluarga gadis berkenaan ketika dihubungi pemberita semalam.

“Dia sudah pulang dan kini selamat bersama kami…jadi tiada masalah lagi,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Difahamkan, gadis berusia 25 tahun itu ditemui selepas ahli keluarganya sebelum itu berjaya menemui kereta Avanza yang dikatakan dipandu sendiri gadis berkenaan diparkirkan di hadapan sebuah kedai di Jalan Song, di sini.

Selepas menunggu selama beberapa jam, gadis tersebut yang belajar dalam bidang teknologi maklumat muncul dan kemudian terus dibawa pulang oleh keluarganya.

Tiada laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut.

Advertisement