Anda di sini

GABEM bantu kerajaan perjelas GST

Advertisement

KOTA BAHARU: Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) melalui lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawahnya akan membantu kerajaan memperjelas kepada rakyat di peringkat akar umbi tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual dilaksanakan pada April 2015.

Menyatakan demikian Pengerusinya Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata sesi penerangan di kalangan pemimpin UMNO dan NGO sedang dilakukan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pertubuhan Suara Wanita Malaysia (Wanita) dan Seminar Keusahawanan Gabem di sini, semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Datuk Fatmi Mohd Salleh.

“GST merupakan satu sistem cukai yang lebih adil kerana ia meliputi semua peringkat pengguna,” kata Abdul Rahim. — Bernama

Advertisement