Anda di sini

Tiga laporan polis dibuat terhadap penganjur himpunan bantah CBP

Advertisement

KUALA LUMPUR: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam membuat laporan polis terhadap penganjuran Himpunan Bantah iaitu demonstrasi yang akan diadakan untuk membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan(CBP) yang dijadual berlangsung pada 1 Mei ini.

Tiga NGO itu adalah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Pertubuhan Martabat JalinanMuhibbah Malaysia (MJMM).

Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu, menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap penganjurhimpunan kerana ia boleh menjatuhkan imej negara.

“Himpunan membantah dan menolak usul kerajaan tidak seharusnya dijadikan budaya di negara ini kerana ia tidak memberikan faedah kepada negara malahanmemberi kesan buruk dan boleh mengakibatkan huru-hara.

“Ia juga memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan menggugat sektor perniagaan tempatan dan luar negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini semalam.

Katanya pihak yang tidak berpuas hati mengenai sebarang sistem negara haruslah memilih saluran yang betul untuk membuat aduan dan bukannya mengadakan himpunan bantahan sehingga boleh mengakibatkan pergaduhan. — Bernama

Advertisement