Anda di sini

Rebut peralatan rumah melalui Peraduan Serlahkan Impianmu Bersama Ribena

Advertisement

LANCAR: Maria pada majlis pelancaran Peraduan Serlahkan Impianmu Bersama Ribena di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Seiring dengan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang, Ribena Malaysia menyeru suri rumah dan ibu di luar sana untuk turut serta dalam Peraduan Serlahkan Impianmu Bersama Ribena untuk menghiasi kediaman mereka sekali gus merebut hadiah utama yang berupa peralatan rumah berjumlah sehingga RM140,000.

Ketua Pemasaran Ribena Malaysia Raymond Khor berkata, peraduan yang mudah untuk disertai ini akan berlangsung selama lapan minggu dan akan melihat 56 peserta membawa pulang hadiah-hadiah yang menarik. Terdapat juga lima pemenang setiap minggu yang akan memenangi baucar Habib Jewels bernilai RM500.

“Tahun ini Ribena turut memberi hadiah utama yang terdiri daripada peralatan rumah bernilai RM50, 000.

“Untuk membantu pemenang, jurucakap Ribena, Maria Tunku Sabri akan hadir untuk berkonsi nasihat dan pengalaman beliau dengan peserta yang bertanding,” katanya.

Seramai 10 pemenang bertuah hadiah kedua pula akan memenangi baucar Courts bernilai RM3,000 setiap seorang dan lima pemenang hadiah pertama akan membawa pulang baucar Courts bernilai RM8,000 setiap seorang.

Peraduan Serlahkan Impianmu Bersama Ribena mudah untuk dimenangi kerana peserta berpeluang memenangi sekurang-kurangnya dua hadiah dan pemenang mingguan turut boleh memenangi salah satu daripada hadiah-hadiah utama juga.

Borang penyertaan boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Peraduan Serlahkan Impianmu Bersama Ribena akan berakhir pada 31 Mei 2014. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini layari laman web  www.ribena-serlahkan.com.my .

Advertisement