Anda di sini

Polis cekup ibu bekal dadah kepada anak di mahkamah

Advertisement

BALIK PULAU: Seorang wanita ditahan ketika cuba membekalkan dadah kepada anaknya yang baharu sahaja dijatuhi hukuman penjarasembilan bulan kerana memiliki dadah di Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sinikelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad berkata perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari polis yang mengiringi anaklelakinya turun dari kandang tertuduh untuk dibawa ke lokap sementara mahkamahpada jam 11.15 pagi.

“Suspek dilihat mendekati anaknya yang berusia 35 tahun sebelum menyerahkan bungkusan kecil yang dibalut plastik hitam secara sembunyi, bagaimanapunkelakuannya yang mencurigakan itu disedari anggota bertugas,” katanya kepadapemberita di sini semalam.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi ketulan mampat dadah jenis heroin seberat 9.4 gram yang dibalut dalam gulungantembakau.

Siti Nor Salawati berkata polis masih menyiasat sumber bekalan dadah itu diperoleh dan wanita yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman tujuh harimulai hari ini untuk membantu siasatan. — Bernama

Advertisement