Anda di sini

Najib doakan mangsa tragedi feri di Korea Selatan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan mereka yang terbabit dalam tragedi feri di Korea Selatan yang dilapor mengorbankan lebih 20 orang.

“Ingatan dan doa kami bersama-sama mereka yang terlibat dalam tragedi feri di Korea Selatan,” kata Najib menerusi akaun Twitternya semalam.

Media melaporkan 28 daripada 475 penumpang serta anak kapal feri itu disahkan maut manakala 179 diselamatkan.

Penumpang feri yang terbalik pada Rabu itu merangkumi lebih 300 pelajar sekolah tinggi dan guru yang mengikuti lawatan sekolah selama empat hari.

Feri itu dalam pelayaran ke Pulau Jeju ketika kejadian. — Bernama

Advertisement