KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan semalam menafikan khabar angin kononnya berlaku serangan ganasantara dua kaum di Klang dekat sini, seperti yang tersebar luas di laman sosialbaru-baru ini.
Beliau berkata, khabar angin yang tersebar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan di Facebook itu adalah berniat jahat dan boleh mencetushuru-hara serta masalah perkauman di negara ini.
“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu. Polis mengesahkan tiada sebarang bukti dan maklumat yang menyokong dakwaan tersebut.
“Ada khabar angin mengatakan penunggang motosikal dilarang pergi ke kawasan Pandamaran, Klang hingga ke Pelabuhan Klang bagi mengelakkan menjadi mangsa.Dakwaan seperti ini boleh menggugat ketenteraman orang awam,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yang tersebar di laman sosial dan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan sebarang kejadiantidak diingini. — Bernama