Anda di sini

JunSUKMA XVII: Takraw sasar emas dalam acara wanita

Advertisement

KUCHING: Skuad sepak takraw Sarawak berhasrat memperbaiki pencapaian pada SUKMA XVII dengan menyasarkan satu pingat emas dalam acara wanita.

Pengurus Pasukan Fu­din Chee yang juga Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) optimis sasaran itu mampu diraih kali ini berdasarkan persediaan mantap skuad­nya.

“Sarawak menghantar kontinjen terbaik seramai 15 atlet lelaki dan 15 wanita dan menyertai tiga kategori iaitu berpasukan, berdua dan beregu lelaki dan wanita,” katanya semasa menerima kunjungan Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin di Dewan Sepak Takraw Sarawak, Jalan Stadium kel­marin.

“Kita menyasarkan satu pingat emas dalam acara berpasukan wanita. Namun, tumpuan juga kita berikan dalam acara beregu lelaki un­tuk memungut pingat.”

Menurut Fudin, skuad lelaki akan diperkuatkan dengan kehadiran pemain pelapis negara Harryson Linggong yang sedang men­jalani latihan bersama skuad kebangsaan.

Katanya, sebagai persia­pan terakhir skuad berlepas ke Kuala Lumpur semalam untuk mengadakan beber­apa perlawanan persahaba­tan dengan pasukan Kuala Lumpur dan Selangor selama empat hari.

Pada SUKMA 2012 di Pahang, sepak takraw menghadiahkan satu perak menerusi acara berpasukan wanita.

Sementara itu, Lee yakin skuad sepak takraw mampu memberi cabaran pada SU­KMA kali ini.

“Paling penting anda mesti terus berlatih bersungguh-sungguh dan mengikut apa yang telah diberikan oleh jurulatih,” katanya kepada atlet kelmarin.

“Seperkara lagi, atlet harus yakin dengan kemampuan mereka sendiri dan berjuang habis-habisan untuk meng­harumkan nama negeri.”

SUKMA XVII akan ber­langsung dari 24 Mei hingga 4 Jun di Kangar, Perlis.

 

Advertisement