Anda di sini

Jadikan Drag Race untuk elak lumba haram

Advertisement

JOM LUMBA: Abdullah (duduk kanan) dan Helmi (duduk kiri) sambil diperhatikan yang lain semasa perasmian Kejohanan Drag Race (Sprint Test) di Sibu, semalam.

SIBU: Penganjuran Drag Race (Sprint Test) di sini diharapkan dapat memupuk tahap kesedaran yang tinggi di kalangan belia agar tidak melibatkan diri dalam lumba haram.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Ab­dullah Saidol menegaskan melalui acara tersebut, ia akan memberi gambaran yang lebih besar dan pemahaman yang lebih baik kepada belia men­genai sebab mereka tidak harus melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram di jalan raya.

“Melalui acara ini, ia akan membuka minda belia kita mengapa mereka harus ber­lumba dalam acara yang sah ini.

“Jika belia kita melibatkan diri dalam lumba haram, ia hanya akan membahayakan keselamatan diri serta peng­guna jalan raya yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian se­masa merasmikan Kejohanan Drag Race (Sprint Test) yang diadakan di tapak lapangan terbang lama Sibu di sini, semalam.

Acara yang diadakan dari 18 hingga 20 April itu dian­jurkan bersama oleh Angka­tan Warisan Anak Sarawak (AWAS), Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah (Gelom­bang Biru) dan Dainese Racing (Intan Enterprise).

Lebih daripada 50 pelumba dari Brunei, Sabah, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu dan Sarikei mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop memberita­hu, keadaan itu juga memban­tu untuk mengelak golongan belia daripada terlibat dalam gejala negatif yang boleh me­rosakkan kesihatan dan masa depan mereka.

“Kejohanan ini yang mam­pu menarik pelumba sejauh Brunei dan Sabah sudah pasti menjadi satu platform bagi pelumba untuk bertukar-tu­kar dan berkongsi idea dalam minat yang sama ini.

“Ia juga berfungsi sebagai jambatan yang membantu menggalak dan mengukuhkan semangat muhibah di antara Malaysia dan Brunei,” tam­bahnya. Hadir sama ialahTim­balan Pengerusi AWAS Helmi Morsili dan Setiausaha Ke­hormat AWAS Mohd Junaidi Sambang.

Majlis penutupan dan pen­yampaian hadiah akan diad­akan pada 20 April jam 3.30 petang di venue yang sama.

 

Advertisement