Anda di sini

Nasib malang City ceriakan penyokong Liverpool

Advertisement

LONDON, England: Kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris semakin kukuh Rabu lepas apabila pencabar terdekatnya, Manchester City, diikat 2-2 oleh Sunderland di tempat sendiri.

Tewas 2-3 di Liverpool Ahad lepas, City memburu peluang untuk merapatkan kedudukan di belakang Liverpool dengan hanya kurang empat mata untuk perlawanan pertama dari dua kurang perlawanan berbanding Liverpool.

Gol awal Fernandinho seawal minit kedua di Stadium Etihad telah memberikan harapan kepada City tetapi Connor Wickham menjaringkan dua gol pada 17 minit terakhir sebelum City memerlukan gol penyamaan Samir Nasri pada minit ke-88 untuk mengikat kedudukan.

Keputusan itu menyebabkan City kini kurang enam mata di belakang Liverpool dan kekal di tangga ketiga, walaupun skuad kendalian Manuel Pellegrini itu masih kurang satu perlawanan, menyebabkan kejuaraan liga semakin hampir berhijrah ke Liverpool.

“Ia tidak cukup kerana kami mempunyai Liverpool dan Chelsea yang berada di dua tangga teratas dan kami perlu menambah tiga mata,” kata Pellegrini.

“Kami perlu melihat di masa hadapan apa yang akan berlaku tetapi peluang kami semakin berkurangan.

“Apabila ia tidak lagi bergantung kepada kemampuan diri anda sendiri, ia sangat mengecewakan tetapi kami harus menamatkan musim dengan cara yang sama seperti yang kami lakukan sepanjang musim ini.

” City bermain tanpa Yaya Toure dan David Silva kerana kecederaan tetapi penjaring Nasib malang City ceriakan penyokong Liverpool terbanyak kelab, Sergio Aguero kembali dalam kesebelasan utama bersama-sama Alvaro Negredo ketika Pellegrini melakukan lima pertukaran dari skuad yang tewas di Liverpool.

Pasukan tuan rumah bermula dengan baik apabila Negredo merampas bola dan menolak kepada Aguero, yang kemudian mengumpan kepada Fernandinho untuk menjaringkan gol awal.

Fernandinho berpeluang menambah jaringan tetapi rembatan dari umpanan Pablo Zabaleta melambung tinggi selepas penjaga gol Vito Mannone menyelamatkan rembatan Aguero.

Sunderland kemudian mencipta beberapa peluang untuk mengikat kedudukan dengan John O’Shea melihat dua peluangnya dari tendangan percuma melambung tinggi selain cubaan dari Fabio Borini dan Adam Johnson sebelum rehat.

Mannone juga menyelamatkan satu lagi cubaan dari Aguero ketika City terus menguasai permainan pada awal separuh masa kedua tetapi mereka dihukum pada minit ke-73 apabila Wickham menyempurnakan satu hantaran lintang Emanuele Giaccherini untuk menewaskan penjaga gol City, Joe Hart dan menjaringkan gol liga pertama beliau sejak 2011.

Sepuluh minit kemudian, Wickham menjaringkan gol pendahuluan Sunderland dari satu serangan pantas, membolehkan anak buah Gus Poyet itu mengintai peluang menebus kekalahan di final Piala Liga sebelum ini.

Tetapi harapan mereka berkecai apabila Nasri merembat gol penyamaan pada minit akhir.

“Kami bolos gol seawal minit kedua dan semua orang di dunia ini menjangkakan kami akan tewas selepas itu,” kata pengurus Poyet.

“Tetapi kami mengumpan bola dengan baik dan mencipta peluang.  Kami juga terus percaya. ” Ketika penyokong Liverpool kelihatan bergembira dengan nasib malang City, penyokong Everton terkilan apabila pasukannya tewas 2-3 kepada Crystal Palace, yang menghalang mereka merampas kembali tangga keempat liga dari Arsenal.

Kemenangan akan membolehkan Everton kembali ke tangga keempat tetapi ketinggalan pada minit ke-23 apabila Marouane Chamakh mengumpan bola kepada Jason Puncheon.

Gol dalam separuh masa kedua oleh Scott Dann dan Cameron Jerone melengkapkan kemenangan buat Palace, dengan gol sagu hati Everton dijaringkan gol Steven Naismith dan Kevin Mirallas.

“ Ia benar-benar mengecewakan, satu keputusan yang mengecewakan,” kata Martinez, di mana pasukannya menang tujuh perlawanan terakhir.  — AFP

Advertisement