Anda di sini

Divisyen 1 Liga Sibu buka tirai hari ini

Advertisement

SIBU: Divisyen 1 Liga Sibu 2014 akan memulakan saingannya pada hari ini, bertempat di Stadium Tun Zaidi dengan pertemuan pertama di antara pasukan Rascom FC bertemu Singgah Selalu.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SFA), Abdul Hajis Abdullah berkata, perlawanan kedua-dua pasukan dijadual bermula jam 4 petang.

“Kita menjemput semua peminat bola sepak tempatan untuk datang ke Stadium Tun zaidi bagi menyaksikan perlawanan sulung ini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Menurut Abdul Hajis, kelab penyokong pasukan Sarawak iaitu GB13 juga akan turut hadir pada hari itu nanti serta membuat sedikit persembahan.

“Masuk adalah percuma,” katanya sambil menambah sepak mula dijangka dilakukan oleh ADUN Nangka, Dr Annuar Rapaee pada jam 3.30 petang.

Divisyen 1 Liga Sibu disertai oleh lapan pasukan iaitu Rascom FC, Singgah Selalu, Rimba Hijau FC, TZ FC, Busana Nazario FC, Miskal FC, V8 FC dan Exodust FC.

Perlawanan kedua pada 19 April menyaksikan pertemuan antara Rimba Hijau FC menentang TZ FC, diikuti perlawanan antara Nazario FC bertemu Miskal FC pada 20 April.

 

Advertisement