Anda di sini

Ketua masyarakat tidak harus diugut dengan pemecatan jika tentang kerajaan: Baru

Advertisement

KUCHING: Pemimpin kerajaan negeri tidak seharusnya mengugut ketua-ketua masyarakat dengan pemecatan jika mereka bersikap menentang kerajaan.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Baru Bian berkata, tindakan sedemikian adalah bertentangan dengan undang-undang Sarawak.

“Undang-Undang Sarawak Bab 60, Ordinan Ketua Masyarakat 2004 Seksyen 8(1) jelas menyatakan ketua masyarakat khususnya tuai rumah, penghulu dan pemanca dilarang memegang sebarang jawatan dalam parti politik.

“Tanggungjawab utama ketua masyarakat adalah kepada masyarakat yang mereka ketuai dan mereka mesti diberi kebebasan untuk bersuara demi hak masyarakat tersebut terutama jika hak-hak ini dicabul oleh pihak tertentu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan baru-baru ini yang disifatkannya (Mawan) menyalahgunakan kuasa kerana mengugut ketua masyarakat dengan pemecatan jika mereka berani ‘bersikap nakal’ dengan menentang kerajaan.

Tambah beliau, ia bukan kali pertama Mawan menyatakan demikian di mana pada tahun lepas sebelum Pilihan Raya Umum, beliau berkata penjawat awam termasuk ketua masyarakat yang didapati menentang BN dalam kempen akan dipecat.

“Ketua masyarakat sepatutnya menjadi anggota masyarakat yang disegani tetapi adalah amat mengejutkan kerana pemimpin kerajaan masih melayan mereka seperti budak sekolah,” dakwa ADUN Ba’Kelalan itu.

Advertisement