Anda di sini

SMK Penrissen ungguli Hoki MSSS Kuching

Advertisement

KUCHING: SMK Penrissen mengungguli Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS) Kuching apabila menjuarai Lelaki B18 dan Lelaki B15 di Stadium Hoki SMK Paku.

Dalam kategori B18, SMK Penrissen mengalahkan SMK Bau dengan 1-0 untuk mengekalkan kejuaraan.

Sementara SM Sains Kuching memenangi tempat ketiga apabila mengalahkan pasukan tuan rumah, SMK Paku 2-1 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

SMK Penrissen menempa satu lagi kejayaan apabila berjaya mempertahan mahkota Lelaki B15 selepas mengalahkan SMK Matang Hilir dengan 1-0 pada perlawanan akhir.

SMK Paku pula berada pada kedudukan ketiga selepas mengalahkan SMK St Thomas 2-0.

SMK Penrissen sepatutnya menduduki tempat ketiga sekiranya tidak tewas 0-1 kepada SMK Bau dalam penentuan penalti kategori wanita B18.

Kedudukan empat teratas wanita B15 terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti dengan SMK Bako mengalahkan SMK Bau 1-0 dan SMK Paku mengetepikan cabaran SMK Santubong 1-0.

Seramai 558 pelajar dari 18 sekolah mengambil bahagian pada kejohanan itu bagi memilih pemain untuk mewakili Kuching pada Kejohanan Hoki MSSS.

Advertisement