Anda di sini

UMNO perlu sedar Pilihan Raya Umum Ke-14 bakal lebih mencabar

Advertisement

JOHOR BAHARU: Anggota-anggota UMNO perlu sedar yang Pilihan Raya Umum Ke-14 akan lebih mencabar dengan kecenderungan pihak

pembangkang mempolitikkan apa jua isu untuk meraih sokongan rakyat, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hasan Malek.

Oleh itu Hasan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata segala masalah rakyat haruslah diselesaikan segera dan jangan menunggu sehingga saat-saat akhir, baharu mereka  hendak bertemu rakyat.

Anggota-anggota UMNO juga diingatkan supaya memainkan peranan penting dalam menjelaskan kepada rakyat mengenai belang politik pembangkang yang sebenar jika mereka memerintah negara ini untuk memberi kesedaran kepada pengundi-pengundi, katanya ketika bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Gelang Patah di sini semalam.

Beliau berkata:”Walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dalam merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum yang lepas, kita tidak harus patah semangat.

“Kita harus terus berjuang bagi mempertahankan Johor sebagai salah satu negeri yang menjadi kubu kuat BN.”

Selain itu, beliau berkata konsep perkongsian kuasa dengan kaum-kaum lain menerusi parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan lain-lain, akan diteruskan bagi memastikan kesemua kaum mendapat manfaatnya. — Bernama

Advertisement