Anda di sini

42 penunggang motosikal ditahan dalam Ops Khas di KK

KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Kinabalu menahan 42 penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan termasuk dua positif dadah jenis methaphetamine dalam Ops Cantas Khas Trafik (Op Samseng Jalanan) di sepanjang laluan Tanjung Lipat ke Jalan Coastal dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata operasi selama lima jam berakhir jam 4 pagi semalam itu menahan kesemua penunggang lelaki berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun dan menyita 97 buah motosikal.

“Sebuah motosikal jenis Honda Ex5 dikesan motosikal curi kerana tiada nombor pendaftaran depan dan belakang turut dirampas selepas ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Alamesra,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, semalam. — Bernama